Automate your Marketing
with Womplify




 
Who knows married life is a WOW.......

By: wolverina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Mar-2009 07:09 Email | Share | | Bookmark
Devon diteroka

termenung Clovelly dah tutup
tempat beli tiket nak masuk Clovelly
tgh mencuci mek humaiyya dalam keta
View all 15 photos...
Maap la entry sebelum ni sebijik je gambar! Semlm aku mengantuk sangat sampai terlelap depan lappy ni. Jadik nak smbung la kisah penerokaan 5 sekawan ni! Memandangkan dah gi kwsn ujong2 benua ni, mmg tak sah la kalau tak tgk laut (dulu duduk JB tak heran pun tgk Lido bila lalu tepi!!). Lain betul ekkk bila dah ddk tpt org, semua benda jadik menarik dan seronot. konon2 mcm balik kampung. hehehehe

Dari st nectan's di Stoke, kami ke edge of north devon, Hartland Quay!



Yang unik nye di kaki tebing yang tinggi tu ada Hotel Harland Quay dan Shipwreck Museum. Tapi kat tebing tu pun dah gayat dan angin sangat kuat mcm nak terbang sekali!

Tapi aku nak share info menarik di sini.... rupanya HART tu come from Old English word HART meaning rusa!! so HART-LAND = TANAH/KWSN/NEGERI RUSA. mmmm mesti dulu banyak rusa agaknya kat sini!!!! ala2 melaka dapat nama, sbb ada Parameswara bersandar/tidur kat Melaka kan????? betui ka sejarah aku nihh!!!

Since kami keluar pun dah lepas Asar, so kami sekejap2 je kat satu2 lokasi tuh . Lagipun aku tak tahan sejuk laaa. Next destination was the Hartland Point. Niat di hati nak melawat rumah api! Malangnye bila kami tiba di sana pagar dah tutup dan kereta tak leh nak masuk. Nak jalan jauh sangat dan sungguh la malas sejuk2 tu. Jadik tgk je la gambar ni.....


source: http://www.cornwall-devon.com/

Then, kami bergerak ke Clovelly! Niat di hati nak melawat ke Clovelly Village tp dah tutup. Uniknye pekan Clovelly ni is privately own oleh sebuah keluarga secara turun temurun sejak 1783 dan mereka memastikan suasana pekan nelayan ni sentiasa dikekalkan mcm era kurun ke 19!!! ANTIK tuhh!!! kaya famili ni boleh own sebijik pekan!!!! ni satu2nya antik tak leh nak jual kat CASH IN THE ATTIC dan yg lagi menarik memandangkan jalan nye dari zaman dulu sempit, tidak ada satu pun kenderaan bermotor dibenarkan dalam kawasan pekan Clovelly nihhh. org2 di sini mesti sihat sbb sedut udara bersih tiap hari.... pencemaran udara yang sangat minima!!!! kagum aku!! Dan bagi memastikan preservation and conservation dapat dilaksanakan, nak masuk ke pekan ni kena la bayar entry fee!!

ni je gambar Clovelly yg ada!!!

hehehehehe

By the way, masa kat sini kami parking jap sbb cik Humaiyya buat projek amanah saham share besau!! so umi dan abi terpaksa la mencuci dan menyalin cik adik nihh. budak...bukan dikira! kalau org tua mcm tu baru nak kena letup kepala tuhhh!!!

Pastu kami ke Appledore The Quay dan Royal North Devon. dari Royal North Devon tu kami nampak The Quay.....unikkkk. dan di situ kawasan daratan nye ala2 patches...tanah dan air seciput2!

menarik sungguh ekkkkk patches2 tu kan!!


in between patches tu adalah air laut yg dalam sbb kami tak nampak pasir mahupun dasarnye. so, sape2 yg baru nak berjinak2 nak berenang tak yah la turun especially mereka yg falling prone! takut tergelincir naya!!!

Dari situ kami terus teringat kat rumah tu takde kitchen towel (yg tisu!!! yg kain ada....hehehehe). takut plak lap sambal tumpah, berkerak kain org tu!!! lap minyak segala???? orang melayu kalau memasak!!!!! Kami menuju ke pekan kecil WESTWARD HO! pernah tak korg jumpa nama tempat ada tanda seruan? haaa tanda seruan tu bukan aku suka2 letak Nama tempat ni berdasarkan sebuah novel yg ditulis ole English writer yg terkenal dan lahir di sini, Charles Kingsley. So bila nak sebut nama dia pls with excitement OK!


source: wikipedia

kat pekan tu kami jumpa co-operative, so mula la masuk carik tisu dapur. biasa la selain london, bila dah gelap kat pekan takde org sangat pun. kami je masih meriah berjalan pegi kedai. dan nasib baik la ada co-op the one and only shop yg masih bukak. kedai makan pun dah tutup. jgn harap laa nak ada macam Sapiah bukak 24h! walaupun tujuan asal nak beli tisu (yg perlu segulung, sbb tamak takut rugi...beli 4 gulung!), sambil2 tu penuh jugak satu bakul. org pompuan bila nampak kedai, dan-dan tu la semua barang tak cukup

Lepas shopping dah gelap beno, kami pun beransur pulang ke rumah! Dalam kepala masing2 dah terbayang swimming pool menunggu!!!!


Monday, 2-Mar-2009 22:32 Email | Share | | Bookmark
Salji di Devon Akur dengan Kedatangan Kami

Gempak je ekkk bunyinye. Sebenonye trip ke Devon ni adalah plan yg tak berapa diplan (ala2 tak terancang laaa). Tujuan utama nak berehat sambil bekerja! Sampai2 je kat umah tu kami tya owner pasal wifi. Dia siap cakap, datang sini bercuti dan berehat, jangan kerja! heehehe masalahnye, 2-2 mem datang bawak keje. Aku ni dah tentu la nak buat presentation slides dan mem ketua kontijen lagi kronik sbb menyiapkan paper dan kejap2 kena emel bos dia for correction and reviews! Dalam keta menaip, kat dapur menaip, depan xbox menaip, dalam bilik tido pun menaip (katanye laa....idok la aku check masuk smpai ke dalam bilik tido diorg sebusy2-body aku nihh ). Since mem2 busy, cik2 abang ditugaskan merencana tentatif lawatan. Dan hasilnye bila ditanya nak ke mana...... Jawab hero Malaya aku, " Banyak tpt bole gi ni..... penuh map ni...kita susur je jalan dia!"

Itu je hasil yg diorg dapat! Jadik, kesimpulannye lawatan kitorg pun se-random jawapan hero aku tuhh! Ada laa bbrp tpt yg dicatat nak dituju tp ala2 reference je, most of the time nmpk sign masuk, nmpk bangunan buruk, pelik, unik berenti bergambar! Jadi ampun dan maap la kalau info tak berapa nak ada sbb aku pun jenuh nak ingat balik apa nama tpt2 yg kitorg singgah. Tapi mmg tujuan holiday kali ni pun nak berehat dan menikmati pemandangan je! So layan kan jeee supaya stress-free!

Masa first day, lepas dah lunch dan berehat serta buat apa yang wajib walaupun penat perjalanan ke Devon tak reda lagi, kami dengan berat hati dan kaki keluar la rumah dan tpt pertama dituju adalah St Nectan's Church yg tak brp nak jauh dr penginapan kami. Nampak sangat la gothic gereja ni dan sesungguhnye padat dengan sejarah.

Saint Nectan was one of many Celtic hermits and missionaries associated with early Christian sites in south west Britain, South Wales and Ireland in the fifth and sixth centuries. A well 100 metres from the church is the reputed site of his hermitage. The history of the area is obscure, however the first recorded building here was a collegiate church served by twelve secular canons found c. 1050 by Gytha, Countess of Wessex (mother of King Harold). Traditionally the church was founded in thanksgiving for the preservation of her husband's life in a storm at sea; a better tradition associates her husband Godwin, Earl of Wessex and holder of the royal manor of Harton, with the foundation.(source:wikipedia)



Wednesday, 25-Feb-2009 22:13 Email | Share | | Bookmark
Meredah salji ke Devon

sesi perang XBox..... bersungguhnye!
Yang ni sebok ukur tinggi dgn Lego smbil buat semak! hahaha
Eyeing for the cookies!
View all 8 photos...
Huihh mencabar sungguh bunyi ayat tu ekk. Sebenarnya lepas snow storm melanda London on the 3rd of Feb 09, aku jadik cuak nak meneruskan perancangan aku mengikut member ke Devon sbb laporan cuaca mengabarkan yang salji nak menyerang UK lagi. Bertambah ngeri berita pagi 06/02/09 melaporkan lebih 200 mangsa terperangkap dalam kereta di hiway merentas Devon. Berita tu berulang dan berlarutan sepanjang hari. sbb masa tu aku berhibernasi di rumah, bertambah laaa rasa cuak aku nak pergi ke Devon ni! Aku pun telepon ketua kontijen merangkap trip planner (serta satu2nya lagi keluarga yg masih setia nak meneruskan trip ni selain kami sebab dah diorg yg punya idea...hehehehe ) tentang berita ngeri ni! takut woiiii. mana la tayar kereta org London ada rantai segala. kami ni nmpk snow pun jakun! gigil tak yah cerita la. Ketua kontijen pun mula investigate the root of the matter. Dia cakap tuan cottage yg kami book kata ok...clear tu other part of Devon. mana la aku tau Devon besau mana . Tapi dengan keadaan ala2 berani2 takut, esoknya kami hidup enjin keta pegi la jugak! Tawakal je laaaa. Lagi pun cottage dah bayar dan tak boleh refund. Sebenarnya masa ni aku baru je submit report, tu yg excited nak keluar rumah dan ada satu lagi sebab mengapa terkinja-kinja sangat hero dan heroin malaya ni nak pegi... baca lagi ye...tungguuuu!

Our sweet ride to Devon


View from inside the car di kiri kanan hiway. Beauty or scary??


Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu alin cik humaiyya...1 2 3... memandangkan itu satu2nya lagu yg dia hafal lirik, maka, semua org dilarang menukar lagu lain. Jadi bayang kan la berapa juta kali kitorg dengar lagu ni in our 4h plus journey...to and fro OK! Let's sing together


Kenapa la budak2 suka lagu ni ekkk????

dan ini versi cik humaiyya...lagi enjoy!!

Terima je la seadanya pelakon tambahan tu ye!

Sepanjang perjalanan.....


Kami tiba di West Tosberry Farm (Klik laaa)dalam pkl 3pm lebih, dengan selamat dan lancar dan sekali berenti di R&R utk berkumuh dan bagi peluang cik mek main snow! Sampai2 kami semua musykil sebab apasal tak secantik dalam website nih!! Dah kena kelentong ke ni!! Ketua kontijen takut sbb beli kat ebay!!!

Tak ngeri ke nampak camni....kata luxury holiday cottages!!!


Tapi sebab ni la ada pepatah DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER! Rumah kami Cobblestone Cottage tu lawa dan moden sungguh rupa nye di dalam.... semua barang letrik kat dapur tu Hotpoint yg canggih2 tu! Baik dapur, washer-dryer mahupun dishwasher! Biasa laaa mesti gelabah dulu.

Lawa kan???

Gambar dalam web lagi cantik. Kamera canggih!!! Klik je web dia tu kalau berminat...

Dan ini lah yang memanggil-manggil kami ke Devon sebenonye!


Kalau nak tau hero dan heroin Malaya ni hantu swimming pool. Kalau kat Malaysia hampir tiap minggu kami akan pergi berenang. Jadi bila Ketua Kontijen ckp each cottage ada private own heated pool, tu yg kami excited nak pergi dalam takut2 pasal snow storm tu!!! Giannn woooo. dah sethn kat bumi omputed ni tak jumpa pool! Especially hero ku itu. Dia dah la mamat askar laut simpanan, jadi mmg hantu air. Tgk je la senyuman dia tu! aku takat2 renang nak selamatkan diri sendiri je bole la!!! Setiap hari dan setiap kali masuk pool kami lancarkan kelas renang 1 to 1 sbbKetua kontijen dan mdm dia kurang arif berenang rupanye. Mana nak dapat cikgu pree mcm kami berdua kan???Tu la sape suruh tak ikut mereka2 yg dijemput utk turut serta ..... hehehe kelas FREE julung2 kali je tuhh

Sambil-sambil tu kami meraikan anniversary Ketua kontijen dan madam!! Tahniah...


Ok lah...superhero pun kena tido. cukup la utk hari ni aku cerita pasal cottage yg kami duduk. Esok lusa aku upload gambar tempat kami berjalan plak yg tak brp nak banyak. Sbb duduk rumah main XBox dan berenang lagi best wooooo Nikmatnye hidup kat situ terasa mcm takde tanggungjawab langsung! Ok nighty night Zzzzzz


Wednesday, 25-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Wales...the series Finale

Wales turut bersedih kami nak balik...
..sbb tu hujan
mana nak carik raincoat cam Humaiyya for adult ekk?? I like!
View all 102 photos...
This is the last day of our trip to Wales. Lepas check-out from Ibis, kami terus ke puncak bukit melawat kastil ni. Dari jauh, castle ni nmpk mcm castle disneyland gitu with the tower and all. It is the Castell Coch.



Castell Coch (Red Castle) is a 19th century Gothic Revival castle built on the remains of a genuine 13th century fortification. It is situated in the village of Tongwynlais, north of Cardiff in Wales. A castle was previously founded on the site and it is thought to have been built in the early thirteenth century by a Welsh chieftain named Ifor Bach. In the late thirteenth century the castle site was claimed by the De Clare family because of its strategic importance, commanding both the plains area and the entrance to the Taff valley. The castle was rebuilt in stone and consisted of a keep, towers, an enclosed courtyard and a gatehouse.(source: wikipedia)

Memandangkan ini adalah hari terakhir kami di Wales dan tak tau la brp kurun lagi aku akan melawat ke sini, secara unanimous kami bersetuju untuk pilih satu castle dan masuk melawat dalam nye dengan bersungguh-sungguh! yela bila dah bayar mesti la nak make sure it is worth it, right!! Bila lihat Kastil Merah ni mcm kecik je, kami decide untuk masuk the last castle in our visit. Lagipun kastil yg last ni memang mendapat liputan meluas dalam internet. Betapa besarnya pengaruh iklan ekkk Sepanjang perjalanan antara parking area to this castle, pemandangan sangat cantik dan kami asik di distract oleh sang itik dan angsa yg berterbangan di taman. Akhirnya tiba jugak kami diperkarangan istana ni. Istana yg sungguh glamer ini ada lah the one and only Caerphilly Castle.



One of the largest medieval fortresses in Britain, begun in 1268 by the Anglo-Norman marcher lord, Gilbert de Clare. Concentrically planned, the rings of stone and water defences are formidable even today. Famous for its 'leaning tower'.

We were so in luck to choose this castle. Bukan sahaja it is a huge castle to explore through, ada jugak pelbagai persembahan seperti reenactment of the battle involving Henry III dan juga sesi belajar memanah ala2 Robin Hood gitu. dan yang paling menarik semua pekerja/pelakon dalam castle tu memakai kostum and they're all playing and living their characters. Siap ada makcik yg memasak, menjahit etc. It made you feel you're back in time! And the beautiful surrounding and views were just an added bonus.

Lepas habis menjelajah Caerphilly castle ni, kami pun bergegas ke destinasi terakhir sebelum London iaitu SHOPPING di Swindon!!

Betul ke Guilt-free???hehehehehe


All in all, I enjoy every minute we had in Wales. Sungguhpun citer2 asal nak berenang di laut tak kesampaian, tapi kami dah buat macam2 sepanjang siri jelajah kali ini. I'll definitely treasure every memory we made! Dan berharap kawan2 yg turut serta dalam penjelajahan kali ini merasakan apa yang kami rasa. Walaupun cuaca kejap2 hujan, we definitely had a wonderful time!! Till the next adventure....


Tuesday, 24-Feb-2009 20:26 Email | Share | | Bookmark
Wales datang lagi...after all this time

Macam lapar la jugak ekkk!!
itu la bayang2 cardiff castle
View front the front......
View all 32 photos...
Salam kengkawan semua

Amboi... bayangkan last entry bulan September 2008 dan sequel nye Februari 2009!!! Apa ekk aku buat selama ni. Senang citer, busy busy busy! Kena plak berhibernasi sebab nak periksa. Alhamdulillah all the many sleepless nights is hopefully over, FOR NOW! Bak kata pepatah BETTER LATE THAN NEVER, so aku nak sambung cerita ceriti kami ke Wales. Walaupun mcm dah basi dan ingat2 lupa dah cerita nye tp sbb ni fotoblog aku, korang layan jela yee. hehehehe lagipun sape yg pegi je tau citer ni benar atau rekaan semata-mata bagi sedap cerita

Kat mana aku berenti aritu ekkk. Oooo mesti korg tertya2 apa la yg kami nak buat at 3pm smpai sanggup meninggalkan tour yg separuh jalan je kat area Cardiff Bay tu kan. Tapi sblm aku reveal ke mana kami nak tuju seperti biasa bila pergi berjalan mesti la nakcarik souvenir! Percaya atau tidak sebesau2 kwsn dan seramai-ramai tourist di cardiff bay takde satu pun kedai cenderamata!! Nasib baik la kawan si nazri yang belajar kat uni sini suruh ke Cardiff Castle! Jadik ke sana laaa kami pergi. So sesape yg ke Wales, kalau nak carik souvenir sila ke sana sbb di luar castle ada satu kedai dan di seberang jalan pun ada satu kedai souvenir! kalau nak carik ala2 mcm lorong queensway kedai souvenir berderet tu mmg takde laaaa kat sini!

Sblm tu kena la pose depan Cardiff Castle sbb kami ni giler castle sikit!! hahahahaha


Setelah puas posing depan castle kami pun mengatur langkah ke kedai souvenir di seberang jalan! Selalunya takde apa nak cerita pasal kedai souvenir tapi ada satu benda yang sangat menarik (pada aku la kannn!!)yang aku temui dalam kedai tu.... cuba tgk gambar di bawah ni dan rasa-rasanya aku nak cerita pasal apa ekk!!!!



Nampak tak sudu kayu besar gajah kat tepi aku tu dan sambungan rantainye atas kepala ku itu! Sudu tu semata-mata diukir to be so, without any glue dan apa2 yang sewaktu dgn nye bg menyambung rantaian tu (paham ke ekkk apa aku ckp ni?). Vey impressive huh! It is known as Welsh Wooden Lovespoon. Zaman dulu-kala, sudu ni merupakan hadiah tanda cinta sang teruna buat si dara. Amat penting si teruna tu kena ukir sendiri sudu tu bagi membuktikan sayang nya kepada si dara dan sebagai bukti kepada mak bapak si dara bahawa dia ada skill khasnya dlm pertukangan dan kesungguhan serta mampu nak support anak orang kalau kahwin nnt! so zaman dulu takde beli-beli ekk. Lagipun kalau ada yg rajin ukir benda serumit itu, baik dia bagi kat awek dia kan dari jual kat orang lain. Huiiihhh besar makna nya sudu nihhh tapi takde la perlu ukir sudu sebesar dalam gambar atas tu sbb rasanye kalau yg ukir sudu besau tu takde sudu kecik as spare jawabnya smpai usia dah lanjut laaa belum berjaya mengorat sbb sudu tak siap-siap! hehehe kalau berminat klik je websitenye utk keterangan lanjut ye!

Setelah aktiviti membeli-belah di Cardiff selesai, kami pun bekejar pulang ke Swansea. Kenapa ekkk asik sebok nak balik ke Swansea!

Anda nampak apa yang saya sedang buat????


Since topik cerita pasal skill, kita smbung cerita pasal skill la jugak! Kecik-kecik dulu korg ada buat layang pakai lidi penyapu mak dan surat khabar ayah dan masak kanji kat dapur menjejes sampai melekit lantai satu rumah? Haaa tu la keje aku. huiihhh tp skill buat layang-layang ku sungguh terserlah masa tu! Jadik aktiviti kali ni ala2 menggegarkan semula jiwa kanak-kanak ku. Tp kali ni takde la pakai surat khabar dah, yang ni sponsor by Humaiyya's parents. This stunt kite is so powerful and quite addictive sebenarnya. Memandangkan angin laut sungguh la menderu-deru, kenkadang terasa org yg boxing kategori Heavyweight champion mcm aku pun mcm nak terbang sekali di bawak angin dan layang-layang tu. Tapi best woooo tak terkata. Kami pun siap memasang angan-angan nak beli satu! (ketika aku menaip ni, kitorg dah ada pun satu dan dalam proses nak beli lagi satu sbb asik berebut je!!! hahahahaha ). Selain daripada aktiviti wau bulan, ada sorg budak ni busy buat kuih pasir. Dia tak peduli sejuk dek angin yang kuat, maintain jugak main walaupun gigil dah sampai tahap aura ke-7. Yang satu budak lagi, mak nye punye la semangat, siap pakai kan swimming suit! Dah la tak bawak jaket sbb niat di hati yang dah lama tak tgk laut ni kononnye nak mandi-manda main air. Tak pasal-pasal hero ketot tu dah la tak dapat main air, kena pakai baju tgn pjg kak Humaiyya dan socks aunty Rynn yang besau gedebak dan paling best 2-2 tu warna pink sebab dah kesejukan yg terlampau! cuba tgk gambar bwh tu, ada nampak kengkawan??? hehehehe tp mcm mana pun it was a great day of our journey!

Jadilah Arman ekkk...pink pun pink laaaa


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net