Who knows married life is a WOW....... - - Fotopages.com
Wales part 2
Bertemu lagi kita di Wales.  Brand new day with a brand new mission.  Memandangkan kami semua ala2 tak ikut jadual punya orang, so, kami sentiasa decide one-hour early dari plan asal.  hehehehehe  :-D biasa la kalo janji pkl 9 jawabnya pkl 10 la baru gerak!.  So, lepas breakfast our room was the kantin@stor@port makan, kami decide to meet up di lobi dalam pkl 8.30am sebab rasa2 nak gerak by 9.30am  ;-) .  Come to my surprise, pagi ni ahli kontijen semua on time. :-> fuyyoooo
Bukti kukuh keawalan kami....parking lot kosoooonngg.  Rasanye kami pelanggan pertama hari tu
Jadi, destinasi pertama kami adalah http://www.cardiffbay.co.uk/(Cardiff Bay).  Kenapa kami ke sana?  Klik la web dia.  Menurut web tu, macam-macam attraction ada di sana.  So, ala2 one-stop port laaa.  harap2 janganlah indah khabar dari rupa $-) .
Mana satu nak pergi tengok dulu nihh!!!  :good_evil_balance:
Dulu-dulu zaman industrial age, Cardiff Bay ni adalah port utama eksport arang batu ke merata dunia.  Jadi, dari situ Cardiff pofular dan menjadi tarikan pendatang (PATI dan PADI!!!) terutamanya dari Norway, Somalia, Sepanyol, Itali, Caribbean and Ireland.  Sebab tu sampai kini area Cardiff ni ada sikit multicultural.   Sebagai bukti, di Cardiff Bay ini masih tersergam kukuh http://www.norwegianchurchcardiff.com/content.asp(Norwegian Sailors Church) yang mana acara keagamaan, pameran art, konsert dan wedding masih dijalankan di sana.
Langkah kami mulakan menuju ke http://www.wmc.org.uk/index.cfm?alias=building(Wales Millennium Centre), atau juga dikenali sebagai The Tenggiling.... may be sebab sign besar dia tu ala2 bersisik gangsa gitu  :->.  Rupenye, bangunan yang grand ni adalah panggung teater.  Kaunter tiket ala2 di TGV KLCC.  Besar kemain bangunan ni so, tak tau la brp panggung yang ada kat dalam tuhh.  Kitorg sempat lepak2 kat dalam sebab tetiba je kat luar hujannnn
:-O  bosan tau nak jalan kalau hujan nihhh.  tapi baguih gak singgah sini, sempat guna tandas!!! LOL .  Bila hujan reda, kami pun cepat-cepat bergerak sebab memikirkan banyak tempat nak cover nihhh.  Nak jadik cerita tergendala lagi perjalanan dek sebabkan kat depan panggung ni ada French Market.  Aku gi beli fresh baked croissant, yummy!  Pastu sempat sambar jam... hahahahaha definitely not in my souvenir list!!!
Pokok cili padi pun ada dijual
kalau pasar London, aku dah beli tanam kat umah nihhh
Di samping French Market tu, ada gak beach volley competition di sini.   So, memang tengah meriah berpesta la kiranye kat Cardiff ni.  Selain itu, ada jugak Cardiff Eye. sekarang ni semua tempat nak mata besau ekkk... KL eye...London eye... .  Seterusnya kami tiba di the Pierhead Building yang dibina pada 1897 dan jam yang ada di tower nya dikenali sebagai Baby Big Ben oleh rakyat tempatan.  Disebelahnya ada http://www.assemblywales.org/(National assembly for Wales, The Senedd) (atau Senate).  Mula2 kitorg ingat stadium badminton, rupanya tempat gomen dan kabinet Welsh bersidang dan melaksanakan demokrasi mereka.  Rilek je, takde pak guard takde askar wooo.  Public bole lepak2 kat depan dan bergambar sesuka hati je!  cuma takleh la masuk dalam....nak masuk kena bertanding la kutt.  Tapi ada la 4 biji meriam yang dah tersumbat kat depan tu...
Depan Senedd ni ada, kepala Transformer tercicir.  Ini aku nak share satu citer.  Masa sampai kat kepala ni, kitorg tergelak sebab Humairah ketakutan, siap suruh abi nya dukung.  Takut ala2 gigil tuhh.  Tengah kami bergelak-ketawa, ratu kek tersengih2 suruh kitorg stop gelak.  Rupa2nya, ada makcik Welsh ni tegur dia sebab makcik tu ingat kami gelakkan kepala besi tuh.  Kerana salah sangka, kami dapat la sejarah dan simbolik disebalik kepala http://en.wikipedia.org/wiki/Megatron_(other_incarnations)#2007_Transformers_movie(Megatron) yang tercicir di Cardiff Bay ni selepas Bumblebee berjaya mengalahkan Decepticon.  Kepala yang menunduk ke bumi ni sebagai memperingati Welsh yang terkorban, karam dan lemas di lautan baik ketika mencari rejeki mahupun ketika perang.   So, sebab tu makcik tu hanginnn je dengan kitorg.   WE'RE SORRY FOR THE MISUNDERSTANDING! :hopeless:
The head...
Padan la si Humaiyya takut, bosa bona!  Hidungnya pun dah sebesar Humaiyya...
Kemudian, kami bergerak ke Roath Basin, dan singgah bergambar dengan http://www.lightship2000.co.uk/(Lightship 2000).  Walaupun namanye sungguh gah, tapi kapal ni dah tak berjalan.  Ia menjadi pusat aktiviti berunsur keagamaan buat masyarakat Wales khasnya.  Jadi, secara menyeluruh kapal ni dah diubah kepada pusat kaunseling, cafe, kedai buku, tempat penyembahan dan bilik2 aktiviti lain.  Berdepan dengan nya merupakan http://cardiffbayvisitorcentre.co.uk/(the Tube) yang merupakan Visitor Info Centre.  Ia dinamakan begitu sebab bentuknya yg mcm silinder penyek tuhh. UNIK.  Di dalamnya, terdapat juga ruangan pameran berkenaan aktiviti di kawasan Cardiff Bay ini dari dulu hingga kini.  So, banyak la model2 kapal dan ada juga tempat yang kita boleh cium bau, asap kapal, sisa kumbahan etc.  Pening lepas tu aku  :crazy_dizzy: .  Yang paling menarik ada penimbang versi pakai batu pemberat!  Ini taraf2 hardcore punya berat la.  Sebab Humaiyya berdiri tak bergerak pun scale tuhh. rasanya penimbang tu jela yang mampu menimbang berat badan ku di kala ini!!!! :shy:
Model future plan untuk membangunkan Cardiff Bay
Dia ingat takde sape nampak, bergolek-golek pokok-pokok tu dikerjakan dia...hehehehehehe
On the way balik ke parking lot, kami lalu la depan bangunan http://www.makersguildinwales.org.uk/(Craft in the Bay) yang unik bentuknya dan lokasinya betul2 ditengah jalan dan traffic light.  Ini adalah pusat jualan hasil-hasil seni kontemporari yang sangat mahal tetapi orang seperti aku tak reti nak appreciate  $-).
Lawa ke nihhh?  :-D
And finally, kami singgah ke The Red Dragon Centre, shopping mall.  Cita-cita nak carik souvenir tp hampeh takde.  Sebesau-besau Cardiff Bay ni, sebijik kedai souvenir pun takde, can you believe it? :oh_god:
Our parking building..... the whole building
Padan la pagi2 kami sampai takde org parking kat situ, hari Ahad parking diluar, tepi2 jalan free rupanya.  Tapi menjelang time kitorg balik penuh la jugak.  Nasib baik tak mahal. :P
Memandangkan dah hampir pukul 1, kami decide ke destinasi seterusnya di Cardiff ni.  Sebab after 3pm, kami ada plan lain di Swansea.  hehehehehe rugi kalau tak sempat...... tungggguuuuuu
Siri jelajah UK.......
So, bagi memulakan azam ku ini, I'll give you the latest trip of all.
Masa Bank Holidays yang lalu (23-25 Ogos 2008) enjin 406 dipanaskan lagi dgn kompas menuju ke negari kelahiran http://en.wikipedia.org/wiki/Catherine_Zeta-Jones(Catherine Zeta Jones) (biasa la...org glamer, bg contoh pun mesti la artis beb ;-) ).  Sebenarnya ni plan last minit.  Apis, Muk dan Sim yang asalnya plan nak mandi laut.  Aku pun tumpang excited.  Biasa la mem decide, dreba ikut je(sori ye kanda...hehehehehe).  Korang ni dah tau ke aku ke mana??? Macam2 clue dah bagi ni.   :-D Ni aku bagi 1 lagi clue....gambar lagi
Laaaaa tak tau lagi???? Penat la, nak tunggu korang teka, sebab aku ada banyak lagi nak cerita nihhh.    Sebenarnya, pkl 9am (kononnye dalam itenari :P, tapi sebetulnya 10am), aku, Hero Malaya, Min, Eida, Arman, Poji, Aziah, Humaiya, Apis, Muk, Sim dan Nazri (ramai jugak rupenye kontijen cik gayah ni), menuju ke Barat tanah England ini......
Yuppp, we went to Wales, Cymru sebutannya kalau ikut ejaan Melayu, KAMRI.  Kami masuk ke Wales melalui Cardiff tapi destinasi kami adalah Swansea sebab kan tujuan asal nak mandi laut, so, Swansea laa yang banyak pantai. :-> Ehh lupa nak citer.  Kami pergi 3 kereta dan each car ada navigator sendiri.  Tapi yang lawaknye sampai simpang Swindon, 2 kereta dah makan kiri, ada sebiji kereta yang dua pintu tuuu makin ke lorong tengah hiway dan makin memecut $-).  Apalagi, laju la tangan men'dial' bila kami masuk susur kiri tapi keta sporty tu makin meluncur maju ke depan.  Lepas panggilan, kami pun decide jumpa di hotel jela.  Rupa2nye, itu adalah titik permulaan perpecahan ahli kontijen cik gayah  :-( tak paham? baca lagi.  Nak pendek cerita, navigator 2 keta ni pilih jalan tak nak bayar tol, tapi adik2 ku kena la bayar tol sebab lalu jembatan Pulau Pinang, Wales  LOL share ber4, ok kan? hehehehe.
Nak jadik cerita, ramalan cuaca kata weekend ni hujan.   $-) camne nak mandi laut nihhh.    Namun, sesungguhnya Wales ni negeri yang banyak tinggalan sejarah.  So, pasti masa kami di sini tetap terisi.  Tema perjalanan kami kali ini:  Lawatan Sejarah OK!!!  tp memandangkan adik-adik teruna ku itu, tema nye berbeza NAK MANDI LAUT, so, diorg decide nak menongkah arus di Wales sendiri.  Mana la best jalan dengan bini2 dan anak2 org ekkk, turun la saham.   LOL
Lepas check-in di Ibis, kami lunch la dulu dengan bekalan yang dibawa.  Yummy!   Lepas makan, kami bersiap ke destinasi hari ini.  Ok lah... dah 3am.  nak siapkan sahur utk kekanda yg tgh berdengkur tuhh.  Nanti aku sambung citer.  Tapi selagi tak abis edisi Wales ni, itu jela update aku yeee  8-)
Swansea Castle adalah castle pertama yg dilawati dlm castle hunting kami
Swansea Castle ni terletak di tengah-tengah bandar Swansea sepanjang perjalanan kaki kami tu, aku nampak kedai ni SALE, kedai tu SALE...huihhh agak tergugat la iman dan poket  :P.  Dari kejauhan, tersergam la bangunan tu.  Rupanya dah tinggal serpihan je.  Tapi yg paling menyedihakan, tinggalan sejarah ini jadik tpt org membuang sampah.  Takde kesedaran sivik la org sini.  :-S
Dari sini kami bergerak plak menyaksikan http://www.liberty-stadium.com/(Liberty Stadium Landore).  Ini adalah kebanggaan and home of Swansea City Football Club and the Ospreys regional rugby team.  terer ke team rugby dia?  hampir di setiap web tourism akan highlight stadium ni.  :oh_god: Being the third largest stadium in Wales, Liberty is also the premier venue for conferences and events in South West Wales.
Seterusnya, kami ke http://www.swansea.gov.uk/index.cfm?articleid=1076(Swansea 'Abertawe' Museum), the oldest museum in Wales.  Lepas tu, kami ke Art/Specialty museum, the http://www.dylanthomas.com/index.cfm?articleid=7564(Dylan Thomas Centre), khasnya hasil karya poet terkemuka Dylan Thomas.  BEAUTIFUL!!!!
Seterusnya, castle hunting kami membawa kami ke http://www.ecastles.co.uk/oxwich.html(Oxwich Castle) yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan telah terseregam semenjak 1459.   Sungguhpun tampak indah, kawasan sekelilingnya seperti tidak berjaga.  Dah la masa tu dah lepas pukul 5, jadi kami hanya mampu bergambar dari pagar takkan la aku sewa chopper semata2 nak ambik gambar tu ekkk...konpem tu gambar pinjam :-D.
Sebagai penutup hari pertama, kami ke http://www.castlewales.com/oyster.html(Oystermouth Castle).  Di bina diawal abad ke-12 dan kastel ini pernah dibakar/terbakar 2 kali rupenya pada 1116 dan 1215.  Kedudukannya sungguh menarik di atas sebuah bukit.  Dari atas bukit ini, kami dapat menyaksikan keindahan bandar Swansea secara menyeluruh ala2 balai cerap laa.... org UTM je paham nihh.  Aku yakin kamera Ratu Kek mesti dapat merakamkan pemandangan yang indah sebab masa tu dah nak Maghrib, so kamera aku pun ala2 mendung dan nak Maghrib jugak lighting nye.  :-D.  Tapi camne pun tak sia-sia kami memanjat bukit tu betul tak Min? ...walaupun aku dan hero bergilir-gilir dukung Humaiya dan Ko yang dah lenguh2 kaki  sampai ke puncak LOL aziah... konpius la, anak ko sakit mcm org tua plak. hehehehehe.  Since, Maghrib dah bagi salam, itu adalah sign sudah masa utk kami balik sebab org tua2 pesan tak baik bawak bebudak keluar rumah waktu Maghrib ni..... duduk obersee baru ingat pesan mak....  :->
Maaf gambar castle lambat keluar sebab PCnye tgh loading
vandalisme di tpt yg indah:get_you:
Lupa plak.  Sebelum balik hotel kami singgah ke Sainsbury's nak buat camne Puan sri Awanis, i kan suka Sainsbury's, isi minyak sebab murah giloss wooo kat situ.  Masuk gak supermarket konon nak beli air dan susu, tapi aku berjaya menghasut org tu beli baju  LOL murah tau , ada sale.
Huk huk huk
25th Aug 2008, my lovely sis Fima, one of my closest friends (teman makan, teman tido, shopping ke Jakel, berenang di bin time J-Card day, etc.....) datang ke IC untuk buat testing. Hepi hepi hepi!!! :wave: Sungguh undescribable la ke'hepi'an ku itu.   Sepanjang dia di sini, merata ceruk London kami redah.  Dari tpt shopping sampai la tempat bersejarah.  Aku yg dah hampir setahun ni pun sblm ni tak pernah meredah serupa ini dgn hero ku!!!  :P
Selain tu, kak Fima dapat buat hampir semua aktiviti ku di sini... carboot (check /)(sori kena jalan sensorg....tp balik tidak tgn kosong) ..... makan2 umah org (check /)... bawak bekal pegi sekolah (check /) ..... naik bas berjam2 (check /)...... jalan kaki berkm2(check /)...makan di tinseltown (check /)...... shopping di Primark (check /)(I know she'll love it!!!! Untung Tiya) ..... window shopping di Monsoon (check /)....... makan di C&R (check /)..... baca katalog Argos (check /) (kami baca katalog Avon pun hepi dulu2) ...... pendek cerita byk lagi la aktiviti feberet ku, semua kak Fima dah buat.
Nak lagi meriah, kak Fima kenal rapat dgn member ku di sini.  So, ala2 mini reunion.... do you LOVE the surprise kak Lin???? hehehehehe.
Tapi all good things always have to end.... after 13days di London ni, arini dia nak balik dah berjumpa suami dan anak2 yg dirindui!!! aku jugak yg tinggal di sini meneruskan perjuangan yg belum selesai.....  (nasib baik hero Malaya ku ada!!) .
:-S  :-(  :frown:  :cry:  :cry:  :cry: huwaaaaaaaaaaa (lambat lagi nak jumpa ni..... kena naik bas sensorg semula pegi school!!!!) .
take care sis and gonna miss ya....AGAIN! HUUWAAAAAAAA
kenangan semanis madu......
ps:  saya tunggu akak sekeluarga plak ke mari...... tilam di rumah sentiasa terbuka   :-D
Mcm tak sedar diri....
Aritu kami ada Kang's group gathering kat rumah http://amsyar.fotopages.com/?entry=1646972&page=0(Uncle Ben) eh eh sama la mcm jenama makanan/sos segera feberet aku di sini.   hehehehe  :-D sebenonye Ben ni seusia je dgn aku dan we sit next to each other di lab.  Tp aku nak cerita sini bukan ttg gathering tu...tu lain entry la ekk sbb banyak cerita.... ni cerita post-gathering.
Sebab banyak sangat lebihan food dr gathering tu, termasuk salmon fillet yg belum dimasak, aku pun rembat la bawak balik.   3 hari selepas tu, mcm bosan nak makan nasik... ehhh teringat la balik kat fillet yg aku bawak balik tuhh.  Lama2 freeze pun takut ikan fresh pun dah tak brp manis.
so mula la kepala ala2 kreatip separuh jalan ni pikir nak buat apa ekkk dgn fillet tu.  Google la kejap.  Huiiihhh dah mmg makan ruji omputeh, byk la options resepi nye.  Since ada 3 keping je, nak buat masak asam pun alang kepalang, nak try la buat salmon steak.  Tapi apasai la yg nmpk sedap semua pakai white wine.  Mmmmm nak kena Google white wine replacement la pulak......  $-)
Akhirnya terhasil la dinner la dinner kami malam tu.  Alang2 makan omputeh, takkan la ikan je ekkk. Perut melayu mana tahan.  Aku pun saute kentang, brocoli. Eh.... tak cukup la carbs mana aci....rebus la pasta. Hehehehehehe biasa la bila time rajin. OVERACTING.... dan seperti biasa bila over sangat nih, kekanda malas nak layan. Dia layan tv je  :->  sambil perut makin berkeroncong. Mana tak nya aku balik sekolah pun dah pukul 7pm lebih! so agak2 sendiri la pkl brp kami dinner  LOL
Saje je nih nak tunjuk skil men'saute' kentang......
* http://www.youtube.com/watch?v=82KP4WMC3sw
laaa terbukti semaknye dapur!!! by the way, memandangkan jari montok-montok yg pegang sudip tu, konpem la tangan aku..... ni tak curik mana-mana, ok!   :-O
Laaa tak abis lagi goreng kentang tuuu???
Resepi mudah.... for both kentang dan brokoli
1. Cairkan butter dlm 25g.  Sambil2 tu cincang la bawang besau separuh biji.  Dan kentang potong dadu ikut suka banyak mana.  Kalau brokoli potong la kecik jgn la berusaha potong dadu plak...hehehehe
2.  Tumis la bawang tu dalam butter tadi sampai naik bau.
3.  Masukkan kentang dan tabur garam ikut lidah dan tekak sendiri.  So, goreng la sampai empuk.  Kalau brokoli tu dalam 5 minit dah, sebab kami ni suka rangup2 sikit.  Lagipun manis rasanye begitu.  Kentang jgn la gitu.  Sampai empok la ye.... takut kelat pulak.   ;-)  tapi kalau suka gitu takde siapa melarang! :P
Ni la hasilnye...malas nak ambik gambar satu-satu
Tak kira la.... nak share gak resepinye.  Ni yg aku refer tapi apa takde aku abaikan je
Poached salmon:
2 cups dry white wine (berjaya google.... ganti air+fish stock..aku takde stok pati ikan, so ganti dgn sos ikan siam+pati ayam megi...ok je..... hehehe)
2 cups water
3 tablespoons sliced shallots
6 black peppercorns
4 lemon slices
2 sprigs parsley
2 sprigs dill (dikatakan herba paling ngam dgn ikan)
salmon fillets
To prepare salmon, combine all ingredients except fish in a large skillet; bring to a boil. Add fish to pan. Cover, reduce heat, and simmer 10 minutes (fish may not be completely cooked). Remove from heat. Let stand, covered, 10 minutes. Remove fish from pan with a slotted spoon; place on a dish.
Kalau takut tak berapa masak, masukkan kuali yg ada ikan dalam preheat oven at 170 C for 5min.  I did that, and the fish was cooked marvelously!Juicy gituu... tp jgn lelama sangat nnt ikan pecah sgt.
For the parsley cream sauce...
1 tbsp of butter
4 heaped tbsps finely chopped parsley
1 bay leaf ( aku takde so, guna fresh basil...lebih aromatic tuu)
1 onion (finely chopped)
1½ oz butter
180mL single cream (kalau nak sedap DOUBLE la... aku pki single sbb ada promo price kat asda masa beli!   :-D )
1 tsp lemon juice (aku letak separuh biji....perah sungguh2 ye!)
salt & black pepper
mushrooms (ni aku tambah sendiri sbb kononnye nak tambah vitamin dan zat)
Cara membuat takde la ayat omputeh.... ni ikut2 aku ingat.  Cairkan mentega, pastu tumis la bawang.  Jangan tunggu legam tuang la cream.  Pastu masukkan bahan2 yg lain terus.  Garam tu ikut masin sendiri la. Aku tak letak banyak pun.  Black pepper pun aku crush masa nak makan.  Ooooo jgn lupa kacau selalu.  Agak2 dah boil dan cendawan dah sedap dikunyah tutup la api dan bole hidang....  tuang atas ikan tadi.  kalau ada lebih  bole buat sup, hirup-hirup
Kalau nak menjamu mata jugak, hidang la nicely.    Aku tu ala2 asal bole, sampai penuh pinggan....syok sendiri la kononnye mcm hotel.   :-D  Ok la. cukup2 la buat masa ni.....   Kalau nmpk menyelerakan cuba2 la ekkkkk tata titi tutu  ;-)
Enjin dah panas balikkk...
Aku rasa... dah bersedia la nak mula balik sesi berceloteh.  Walaupun sekarang ni tgh bosan gilerrrr, tapi kat opis ni..... so cuak la jugak nak menaip perkara2 tak ilmiah ni.  So aku hidang kan korang dgn gambar kiut ni masa kami gi petik buah pada 19 ke 20 Julai aritu...... buat lepas tensen maaaa.  ( tu pun curik dr sini....http://nurinhumaira.fotopages.com/( Humaiya ) hehehehehehe.  sbb kamera parents budak tu canggih)
ps:  umi Humaiya ni pakar kek di sini.... nyum nyum
ps2:  ingat hero aku je ada besfren??
Jom petik stoberi kat sana!
Anti, Humaiya lapar la. Anti ni makan sorg je ceri tuh
Al-Fatihah.....
Jika berkesempatan sedekahkan la Al-Fatihah dan Yassin buat ayahanda ku.   :cry:  :cry:  :cry:
Makan style org US tuuuu
Hi kengkawan
Sebab aku nak pergi bercuti di hujung minggu, aku post di sini sesuatu yg korang bole buat dihujung minggu ni jugak.  Tapi sebab laa ni dah jam 0108, dan aku dah nak tido sebab esok perjalanan ku mencecah lebih 6jam, so akan bg cerita seringkas mungkin.  :P
Pada Sabtu baru ni, alaaa lepas aku memetik buah di Ladang Copas.... aku ke Cricklewood utk berehat sebentar.  Sebab kami semua terlalu penat dan kebuluran la jugak, dan aku pun dah mendengar cerita2 best dari member labku Shaima (minah Arab yg cunnnn), kami pun mula bergerak ke Hampstead dan menuju ke
http://www.tinseltown.co.uk/index.php(TINSELTOWN)..... bunyinye mcm ceria je kan.  Tempat nya pun memang sungguh ceria. Namun begitu, lokasinya sungguh kurang strategik.  Nak pegi ke branch di central, jauh. Tapi yg di Hampstead ni mmg dekat dgn rumah si arman...dlm 10min je di 104 Heath St, London NW3 1DR
Itu la first time, aku dan hero ke Hampstead.  Mana la kami tau, jalan nye seluas denai di kampung je.  Ditambah plak dgn road construction, jam nye Tuhan aje yg tau.  Nak tambah dugaan perut yg dah nyanyi lagu Cranberries ni, hampir semua la parking kat area tu 'RESIDENT PERMIT ONLY'.  Parking bayar pun tak jumpa.  Kitorg smpai 7 lebih.  Pusing-pusing, lama2 aku yg pening.  Jadik aku suruh Mr Ishak dan mr min duduk dalam keta pusing2 lagi carik parking.  Biar yg Mrs masuk dan order.  Sebenonye lapau, so nak order la apa patut dulu...hehehehehehe LOL.
By the way, teman2 sekali, tempat ni of course HALAL.  Walaupun dalam menu tulis Bacon, tu cuma nak glamer, it's actually turkey bacon.  so insyaAllah, tak perlu was-was.  Last week dalam web, ada cert halal tu tp tadi aku check dah hilang. so aku dah ambik inisiatif emel ke diorg and this is their reply.
ooooo tgh renew lesen halal....
Smbung balik citer parking.  Akhirnya cik abang berdua tu ronda-ronda dalam keta sampai pkl 8pm dan park di Doctor's parking di Hampstead Sq.  Buat pengetahuan semua semua parking permit valid between Mon-Sat (8am-8pm).  So kalau nak ke sana, aku cadangkan pegi lepas pkl 8 MALAM, supaya tak sakit kepala carik parking.
Masuk2 je, Mrs order milk shake sorg satu.  Yang buat nafsu berganda kerana every meal ada description apa dia letak dalam menu tu.  Huihhh bayang kan la milk shake VIP 1 yang aku order ni description nye "VIP 1: Ferrero Rocher and ice-cream milkshake topped with rich chocolate sauce, whipped cream and a chocolate flake" :->  tak ke terbeliak anak mata dan anak tekak!!!  Dan sesungguhnye, apa yg di describe, that's what you get.  Bukan sekadar, indah khabar dari rupa.  Pastu aku ingat nak makan starter, so aku order la chicken wings.  Sampai2, portion dia mak datuk...sape makan starter smpai 20 ketul wings????? So jadik la starter and main course aku!!!!
Jadi aku terus pancing hero ku supaya order Mix It Up triple decker!!! nama dia je dah describe besau mana la bege ni, jadi tak perlu la aku nak describe panjang lebar.  Takut ada yg pose pun bole jadik tak tahan  ;-)
Masa kami di sana, ada org smbut birthday. Mak aihhhhhh kalau korg bayar in advance 5GBP, surprise yg org22 kedai tu buat.... sungguh meriah smpai si arman nangis ketakutan sbb music is too loud.
Overall, visit kali ni mmg tak sesia. Kami siap bungkus bege separuh sbb dah tahap sebu perut makan.  Yang penting, I have to finish my milkshake, yg tu cannot tapau maaa.  Price di sini agak tinggi tp servis+rasa+portion yg tidak mengecewakan menyebabkan it's worth it.  Tapi kalau selalu2, bole bankrap jugak la Scomi.   Harap-harap review ni membantu sesape yg takde aktiviti weekend ni.
Ok kengkawan, I dah ngatuk and really need to go.  Nite nite 8-)
89 Denzil Rd Alumni Summer BBQ
Ikut rencana asal, acara patutnye bermula pukul 2pm, tapi Cik Mat (Mr. Penasihat) cakap 2.30 pun ok.  Gedebak gedebuk.... dalam 3.30pm baru penuh orang.  Of cos Datin sampai lewat sikit. Onde-onde baru siap!  Tan Sri dan Puan Sri Presiden Alumni sampai awal sikittttt je dr kitorg. Hero-hero semua sebok tunjuk skil nak idupkan api.  Habis sebotol gel/minyak Mr. Penasihat dicurah ke arang batu!  ;-) Bila dah nyala, terus diletak ayam yg Mrs Penasihat dah marinate.   Sambil2 kami menjamu http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=868317(sup tulang kow) Tan Sri Presiden cicah roti perancis.  Huihhhhh memang KOWWWW....  :P
Sambil-sambil tu ayam atas tempat bakar tidak dilupakan.
Tapi disebabkan kebuluran tak makan dr pagi, apa ada atas meja aku sebat.  Sikit-sikit ada la suap si hero Malaya ku.  tapi lebih2 perut sendiri dulu.   Bila ayam dah masak, letak satu lesap, letak satu lesap....dikerja kan dek Mrs-Mrs.  sbb yg Mr semua dok memasak. hahahahahaha  LOL
Anyway, overall it was a fun event.  Terima kasih ye Mr and Mrs Penasihat sebab organize dan siapkan venue!!!!  ;-)  Terimbau kembali kenangan menetap di situ selama 3 bulan....wooooo.  Selain tu, sebab banyak sangat food lebih, si Mrs-Mrs ni before balik, sebok membungkus (mcm kenduri kawin kat Koyan plak!!!!!) sebab aku dah konpem tak larat nak masak dah malam ni, apatah lagi utk bekal esok.  ok, enjoy the picture..... sori la takde idea nak komen apa lagi.  Senak sebab terlebih makan, jadi mental block sikit.   Yang aku ingat semua sedap hari tu..... termasuk cupcakes 'Iceland' si Eida...hahahahahaha  :satisfied_nod: jgn mare
Gambar sebahagian ahli keluarga 89 Denzil Rd...... ada ramai yg tak datang  :-(
gambar cantik, courtesy camera canggih Pn Ida Shazrina ye
Opppsssss sebelum end..... announcement:
1.  kenapa toilet bowl tu enter prem??? sebab bila dah makan mcm2 host takut tak sempat nak lari ke toilet atas kalau emergency
2.  kenapa ada sinki antara tpt BBQ??? sebab takut api marak tak terkawal, jadi senang la nak padam kalau pili ada di tengah-tengah.....  LOL
3.  kenapa keadaan nye mcm tu??? hanya ahli alumni je yang paham.... idak gitu kengkawan?
bye n good nite
saje nak kongsi aktiviti besfren hero ku (amsyar) hari tu.....
Apa aktiviti petang Ahad ni ekkk
5 reasons buat onde-onde:
1.  bukan bole beli kat kedai di London nii
2.  kekanda ku suka makan
3.  senang dan cepat
4.  sekali buat dapat banyak..... dan
5.  sebenonye tu je yg cukup barang kat rumah nak buat, kalau nak ke kedai beli bahan-bahan kuih lain, jawabnye kuih tunjuk je la (lagipun bgn lambat, mana sempat!!!) :P
Percaya tak senang je nak buat ni?????  Tapi nak bawak ke mana yeeee  8-)
Ummmmm merahnyeeee....
STRAWBERRY.....
RASBERRY.....
CHERRY!!!!
Hari Jumaat dah buat plan dengan Awanis nak ke http://www.copasfarms.co.uk/newsite/Pick%20Your%20Own.htm(Copas Farm).  Seronotnye  :-D sebab selama ni dok tgk FP org lain je sebok-sebok memetik buah.  Lawakkan!! Pergi negara org jauh2, excited nak petik buah.... panjat pokok seperti hero ku ini.....
kalau kat Koyan tu panjat pokok jambu air...pokok manggis.  Tapi dapat pokok ceri rendang pun jadik la buat lepas gian.  Cuba diingatkan utk para pembaca: JANGAN SESEKALI CUBA MEMANJAT POKOK STRAWBERRY!!!!!  :P
Perancangan kecil kami ending-up menajadi ROMBONGAN CIK KIAH MEMETIK BUAH.  Selain kami dan Awanis' family ada Min's, Jo's, Kak Nor dan Mak Tok, Prof Fauzi, HafizS, Muk dan Erzam's.  Tapi tak la semua sampai serentak.  Since aku ni peminat stoberi, apa lagi dengan pantas ku suggest ke ladang tu dulu dan disokong kuat oleh Muk.  Excited wooooo walaupun dah hujung2 musim.  Jenuh la kami menyangkung, menonggeng dan pelbagai lagi aksi sebab nak teasure hunting buah ni.  Kenkadang terjumpa gak stoberi yg mutate :-O (jangan ingat Ninja Turtle je yg Teenage MUTANT!!!).  Punya la syok mengutip tak sedar bakul ditangan dah penuh.  Tp sempat gak letak sikit kat bakul hero ku buat santapan sambil berjalan  :-D.   Then, we off to cherry trees.
Tp on the way tu ternampak buah rasberry.  Sempat la jugak memetik dan merasa.  Tak sangka sedap sungguh  :P (kecur air liur ku teringat perisanye!!!!).  Tapi musim baru nak mula, so belum banyak yang masak.  Tiba di kwsn ceri, bertemu la dengan Awanis n Co.  Awanis ni hantu ceri sebab tu dia kejar ke sana dulu.  Lepas tu kami start keluarkan bekalan.  Nasib baik kami ke stoberi dulu... Kawasan ceri ni redup sebab pokok2 nye rendang, so memang sesuai utk kami berpiknik.  Aku sempat buat sandwich tuna je.  Tp Mak Jo siap bawak nasik impit dgn kari ayam.  Sedapnye makan2 ni.  Sedang si hero2 semua melepas gian panjat pokok idea si Nazri la ni, yg cik kak-cik kak semua duduk bersila bawah pokok sebab kepenatan berjalan.  Besar tau ladang Copas ni.
Bila perut dah kenyang, bakul pun dah penuh.....  kami decided to go home.  Terpaksa la membayar.  Boleh tahan jugak la berat rupanye satu2 bakul tu.  Mana taknya, over excited.  Petik je, tak ingat2.  Mmmmm masa bayar baru tau.  Tapi ok la...fresh dan tu tak kira yg dalam perut dah berkilo-kilo.  Seminggu la sendawa bau berry-berry-cherry!!  :satisfied_nod: . Kami balik dalam pkl 2pm dan hasilnye aku Zzzzzzzzz sepanjang jalan. Hehehehehehe sori hero Malaya ku. Awal-awal dah good nite!!! Ok la....good night to u all jugak :shy: Till the next entry....
opppssss ni la end-product stoberi ku........ sedap woooooo